Assalamualaikum.
Pertama kali berkongsi cerita di dalam blog. Kerana ada mesej yang aku ingin sampaikan. Walaupun cerita ini nampak mudah pada sesetengah pandangan orang,tetapi kita tidak tahu siapa yang akan tersentuh. Walaupun sedikit,moga-moga ia menjadi pengajaran buat kalian semua dan diri sendiri juga.Kisah atau cerita benar yang dialami aku sendiri.
Mimpi yang masih menghantui sehingga hari ini.mimpi yang
berlaku dua hari lepas. Aku rasa pelik. Aku rasa takut. Ya sampai hari ni aku
rasa takut :( . Takut sebenarnya nak bergerak kat mana-mana. Sebab biasanya aku
selalu dapat petunjuk melalui mimpi. Ya mungkin aku perlu bersedia. Bersedia untuk
kehidupan seterusnya. Kerana satu persatu perasaan pelik aku rasa. Bermula dari
hari aku terbaca blog kematian Yasmin Hunwick. Dia pergi menghadap Ilahi dengan
cara yang agak mengerikan. Kemalangan yang menyebabkan kepalanya hancur. Ngeri
. Sangat mengerikan. Itubagi aku. Mungkin bagi orang lain juga. Umurnya masih
muda. Setahun muda dari aku. Tapi bukan pasal dia aku nak cerita. Aku nak
cerita apa yang membelenggu aku selepas baca blog mengenai kematian dia. Aku semangat
search semua blog pasal dia,gambar-gambar dia. Dua hari lepas tu aku masih
berminat untuk mengetahui pasal kematian dia dan aku terus membaca. Walaupun aku
tak berapa nak faham,aku baca je.
Disusulkan dengan cerita itu,aku tak sangka sebelum dia ‘pergi’,dia
ada mengalami mimpi ngeri yang berturut-turut sehingga dia takut untuk tidur. Apakah
itu petunjuk baginya dari Allah? Wallahualam. Bagaimana pulak dengan mimpi aku
yang berlaku baru-baru ni? Aku mimpikan kematian mak ngah aku. Ya mak ngah aku.
Bukan aku . tapi ia mengerikan. Dalam mimpi tu , mak ngah pergi tanpa
mengucapkan selamat tinggal. Dia kemalangan . semua tu berlaku depan mata aku. Ketika
dia ingin melintas ( aku tak pasti naik basikal ke jalan kaki
ke),dia tidak perasan ada kereta yang laju kearah dia. Dan dari situlah
nyawanya dicabut. Dia dilanggar dan mayatnya hancur. Mengerikan. Sumpah seram. Takut!!!
Aku terdiam,terpaku dan stuck. Kepala otak aku time tu macam tak berfungsi. Aku
betul betul tak percaya kemalangan tu berlaku dengan cepatnya dan mak ngah
pergi dengan cara yang tak sepatutnya.
Dalam mimpi itu, aku melihat kejadian itu dengan mak aku
sekali. Kami mengutip sisa badan mak ngah yang hancur. Aku kutipnya satu
persatu dan masukkan dalam plastic. Kerana terlalu sedih dan seolah-olah tak
dapat terima hakikat, itu yang menyebabkan aku nak sangat kutip sisa –sisa badan
mak ngah yang hancur untuk dibawa ke rumah. Setibanya di rumah,aku masih tak
percaya apa yang berlaku di hadapan mata aku. Aku masih tak percaya yang aku
sedang memegang beg plastic berisi badan manusia yang hancur. Dan paling
menghantui aku apabila aku teringat ayat-ayat aku sendiri di hadapan mak aku “
Akak takut untuk hidup,akak dah lah rindu mak ngah tapi tak sempat jumpa,mak
ngah dah pergi “
Ayat tu. Yaaa ayat tu “ AKU TAKUT UNTUK HIDUP “ perasaan
pada ketika itu,aku takut untuk bergerak ke mana-mana. Aku takut untuk keluar
rumah. Hanya Allah sahaja yang faham apa aku rasa ketika itu. Perasaan takut
itu sangat sangat terasa seperti aku terlalu takut untuk mati. Seperti rasa
masih tidak bersedia untuk dijemput Ilahi. Jikalau aku dijemput pergi,aku mash
tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan aku mati nanti. Adakah seperti dalam
mimpi aku? Atau seperti Yasmin Huwick? Hampir sama cara pemergiannya. Ya Allh
takutnya. Apabila aku tersedar dari mimpi,aku terus beristighfar. Sambil
bersyukur kerana ia cuma mimpi. Selepas menangis teresak-esak aku sms mak aku.
Aku cerita serba ringkas apa yang aku mimpi. Aku sampaikan salam aku dekat mak
ngah aku melalui mak aku. Sebak. Dan pilu. Aku berfikir. Apakah ini semua? Yang
membuatkan aku berfikir banyak kali tu apabila jalan di mana mak ngah aku
kemalangan tu,adalah jalan yang sama pernah aku mimpi sebelum ni. Tapi aku
sendiri tidak berapa nak pasti. Mainan tidur kan? Ingat ingat lupa. Tapi dalam
pada masa yang sama, mimpi itu juga kadang-kadang menjadi petunjuk atau ‘klu’
utnuk kejadian yang akan datang. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku selalu
mendapat petunjuk dari mimpi. Dan ianya selalu menjadi realiti.Nak nak bila ia
berkaitan dengan orang terdekat dengan aku. Dengan orang yang aku sayang .
Mimpi ini benar benar menghantui aku sehingga pada hari ini
aku menaip. Sebelum malam aku bermimpi mimpi ini, aku dah lengkapkan memo
aku. Di dalam phone aku . penuh dengan email dan username segala bagai disertakan dengan password. Aku tulis tu
disebabkan andaikata suatu hari nanti aku pergi,ia memudahkan orang lain untuk
deactivate semua laman social yang aku ada. Aku tulis dan simpan dalam memo itu
sebagai persediaan sahaja. Tanpa aku sedar,malam itu juga aku mimpi ngeri
tersebut. Itu yang menganggu perasaan aku ketika ini. Allah sebenarnya nak
tunjuk sesuatu dekat aku. Mati itu tidak tunggu kita bersedia tetapi kita perlu
bersedia untuk mati. Sebelum dijemput tanpa kita bertaubat,segeralah bertaubat.
Banyak berlaku malam tu. Dengan perasaaan aku yang tak sedap hati malam tu sehinggalah
bangun pagi dengan menangis teresak-esak. Aku tahu apa aku rasa. Allah tahu apa
sebenarnya yang terjadi dan Dia lebih tahu apa hikmah sebenarnya disebalik apa
yang terjadi. Setiap kali aku teringat mimpi ni,aku mesti rasa sebak. Automatik mood aku sedikit spoil. Lepas tu aku menjadi agak sensitive. Hmmm kesian kawan
kawan aku, takut takut mereka terasa dengan aku bila aku layan mereka acuh tak
acuh. Malam tadi pun aku masih menangis.
Mengapa hati menjadi cukup sensitif? Ya Allah…. Sekarang aku tahu apa yang aku ingin . apa yang aku perlukan dan apa yang dicari. Semoga Allah memudahkan jalanNya untuk aku dan sebaik-baik kejadian adalah dariNya.
Mulalah aku berfikir,masih cukupkah ibadah aku untuk Mu Ya Allah?
Malunya...
Sedangkan aku hanya mencari Mu dikala aku duka tetapi aku lupa tentangmu ketika aku suka.
Aku lupa mati itu tidak menunggu aku bertaubat dulu
Mana tahu di kala aku bersuka dengan melupakan Mu nyawaku ditarik?
Ya Allah :(
Sehingga kini aku masih takut untuk hidup kerana takutkan
mati. Rabbi Yassir wala tu’assir.
Terima kasih kerana sudi membaca :)


Semoga tiada apa2 perkara buruk berlaku. Insha Allah
ReplyDeleteInsyaAllah :)
Deletethanx for reminding. :)
ReplyDeletewelcome :)
Delete