Pages

Saturday, 26 October 2013

"BUKAN SEKADAR KAWAN"

Assalamualaikum. Mulakan hari dengan basmallah. Insya Allah lebih diberkati.

Pada kali ini aku ingin berkongsi sedikit coretan atau catatan buat kita semua. Bukan sekadar untuk berkongsi isinya tetapi pengajaran atau faedahnya kita dapat terapkan bersama-sama dalam kehidupan seharian kita.

Dah lama sebenarnya aku nak menaip pasal ni tapi tak tertaip. Sehingga selepas solat asar,aku pun capai laptop aku dan jari-jemari laju je menaip satu persatu huruf yang akhirnya membuahkan satu karya untuk dikongsi bersama.(banyak pulak kata –kata aluannya)

Okay. Berbalik pada tajuk “ bukan sekadar kawan “. Kalau ikutkan kefahaman aku dan kamu-kamu semua,kawan ni kita dapat didefinisikan lah sebagai seseorang yang selalu atau kerap bersama kita. Dari seseorang yang kita tidak kenal dan kita cuba mengenali,lama kelamaan kita menjalinkan ukhwah sebagai rakan,kawan mahupun sahabat. Diselarikan dengan zaman moden sekarang ye anak-anak *tiba-tiba bersifat keibuan* ,sebenarnya ramai dalam kalangan kita tidak kisah lah remaja ke kanak-kanak ke ataupun orang dewasa sekarang mengalami masalah kawan-kawan ni. Tak puas hati itu lah,ini lah. Ada yang cakap kawan tikam belakang,kawan makan kawan lah,kawan pengkhianat ,talam dua tiga empat muka dan macam –macam lagi.Subhanallah.

Tetapi bukan itu yang aku nak cuba sampaikan. Cuba kita tekankan lebih sedikit tentang maksud ‘’bukan sekadar kawan’’ dan zahirkan dalam erti kata lain. Kalian sedar tak bahawa kawan kita yang paling dekat dengan kita adalah agama kita iaitu agama Islam? Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang paling indah,mudah dan kompleks. Dalam Islam,terlalu banyak yang perkara yang baik dan indah boleh dipelajari serta terlalu jelas bahawa ianya agama yang sangat mulia. Ya,inilah satu-satu nya kawan yang kita boleh manfaatkan dan aplikasikan untuk kebaikan kita dan ini sebenar-benarnya kawan. Sentiasa menolong kita dan tidak pula membawa kita kearah keburukan. 

Pernah tak kita terfikir untuk menjadikan:

  • Sunnah Rasul Allah sebagai kawan
  • AlQuran sebagai kawan
  • Ibu bapa sebagai kawan
  • Solat itu sebagai kawan
  • Puasa itu sebagai kawan
  • Bersedekah itu sebagai kawan
  • Menuntut ilmu sebagai kawan
  • Istighfar itu sebagai kawan
  • Doa itu sebagai kawan
  • Menutup aurat itu sebagai kawan
  • Salam itu sebagai kawan
  • Senyuman itu sebagai kawan
  • Bersederhana itu sebagai kawan
  • Adab itu sebagai kawan
  • Guru sebagai kawan


Inilah sebenar-benarnya kawan kita dunia dan akhirat. Memang lumrah sebagai seorang manusia inginkan kesenangan dan kesempurnaan. Itu sebabnya bila ditimpa masalah sikit,muncullah perkataan atau ayat-ayat seperti “ aku tak ada kawan pengkianat macam kau..bla bla bla “

Okay, cuba tampar diri sendiri sekali? Sedar tak kita pun dikira pengkianat?

Apabila perintah Allah itu kita perlekehkan dan kita buat endah tak endah.


“ Ek eleh luuuuu,tudung baju labuh-labuh ni pehal. Kampung betul “

Nampak tak? Padahal dengan menutup aurat itu banyak perkara yang kita boleh jaga. Bukan diri sendiri tetapi juga pada orang sekeliling yang melihatnya juga. Tak rasa malu ke jadi pengkianat?


“ Weh jom makan. Aku belanja “
“ Aku puasa “
“ Puii bajet alim ah kau”

*Geleng kepala* Tak kesian ke member tu nak puasa pun kena bahan. Dah tak nak puasa tak yah la mengata ke dia. Ish ish . Jadi,tak rasa malu ke sebenarnya kita dah mengkhianat kawan kita iaitu berpuasa sunat? Itu baru sunat,yang wajib apatah lagi….


“ Kau tak nak keluar ke? Aku bosan duduk rumah . Mak aku dari tadi dok potpet potpet bla bla “
“ Tak boleh. Mak aku suruh aku tolong dia lipat baju “
“ Pui bajet je “

*tendang meja* Yang ni common. Sangat common pada zaman sekarang. Cuba kita lapangkan hati dan tenangkan jiwa sedikit. Cuba kita fikirkan,kenapa kita tidak jadikan ibu bapa kita itu sebagai rakan kita?Tidak salah untuk keluar sekali sekala tetapi cukupkah masa yang kita luangkan untuk mereka? Jadikan mereka rakan,berkongsi cerita,masalah,pendapat dan sebagainya. Hidupkan suasana rumah dengan kasih sayang dalam keluarga. Tambahan lagi kita yang belajar jauh-jauh dari ibu bapa ni.Balik pun sebulan sekali.Payah sangat ke nak pupukkan kasih sayang itu dalam keluarga? Cuba muhasabah diri balik.

Itu antara tiga contoh paling mudah untuk aku lampirkan bersesuaian dengan entry aku kali ni. Aku rasa kalian yang membaca tentu faham dengan apa yang aku cuba maksudkan. Jadi betulkan? Islam itu sebenarnya kawan kita? Dalam ajarannya kita menyembah serta mengabdikan diri pada yang satu iaitu Allah SWT. Dalam islam jua,kita mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.Islam itu merangkumi banyak perkara sama ada dari segala perkara yang wajib,keperluan, kehendak,haram,sunat,syubhah dan makhruh.




Mudah kan? Itu lah islam. Ia bukan sekadar kawan tetapi lebih dari itu . Aplikasikan kandungan sebenar Islam itu sebagai kawan kita. Apabila kita menjadikan mereka sebagai kawan kita,kita akan selalu memerlukan mereka tika susah dan senang. Dan InsyaAllah sebaik-sebaik kawan itu lah yang akan membawa kita ke jalan yang diredhaiNya. Mari kita sama-sama manfaatkan kawan sebenar kita ini.Kesimpulannya, jadilah kawan yang baik untuk memperoleh kawan yang baik J



" Rabbi yassir wala tu'assir " Terima kasih :)




Wednesday, 23 October 2013

If you can twist your word?

Assalamualaikum dan selamat malam.




Kenapa tetiba rasa nak menaip dan mula rasa nak memenuhi entry or ruangan-ruangan blog aku ni. Kali ini aku bukan nak berkongsi cerita atau mimpi atau apa-apa sekalipun.Ni aku nak huraikan serba sedikit kenapa aku gunakan ayat " IF YOU CAN TWIST YOUR WORD,I CAN TWIST YOUR WORLD " *tu diaaa siap capital letter lagi tuu* Sebenar benarnya ayat ni tiada kena mengena dengan orang yang hidup mahupun mati.Memang tak kait sama sekali.Ayat atau dikira "quotes" yang aku reka sendiri *bajet bajet je* sebagai satu pencetus semangat. Apa semangat di sebaliknya? Berbunyinya begini apabila kita berada dalam satu situasi di mana kita menjadi mangsa keadaan atau kita ditimpa masalah yang menyebabkan hilang rasa confident dalam diri,dan pastinya wujud orang sekeliling yang cuba menjatuhkan kita. Jadi di sebalik " if you can twist your word " bermaksud jika anda boleh memutarkan kata-kata anda untuk menjatuhkan keadaan saya,so " i can twist your world " . Faham tak setakat ni? *kunyah pop corn* Kalau tak faham,cuba fahamkan.Jangan bunuh diri pulak.Berdosa. 

Kesimpulannya,apabila ada orang cuba hendak menjatuhkan atau memalukan kita dengan kata-kata yang kurang sahih,kita yang berada di posisi betul dan benar lagi adil dan saksama haruslah berdiri dan cuba mempertahankan diri sendiri dengan membetulkan keadaan.Bersesuaianlah dengan ayat " i can twist your world " kerana apabila kebenaran itu muncul,pasti orang yang berada di posisi salah itu akan menerima balasan yang setimpalnya. Dunia yang penuh pendustaan itu pasti akan musnah juga (bajet ayat klasik) 

Itu lah pendapat aku dengan pepatah yang aku wujudkan sendiri dan sebagai kata-kata semangat untuk aku. Orang lain nak guna pun boleh. Tak kena bayar pun. Tapi sebelum tu jangan lupa,bukan dengan kata-kata ini kita kena bergantung,tetapi kepada Allah yang satu jugalah kita berserah.



Jika ditimpa kesusahan,mintalah pertolongan dari-Nya 

Kerana sebaik-baik perkara itu datang dari Allah s.w.t 
" Rabbi yassir wala tu 'assir "







Okay terima kasih semua.

Saturday, 19 October 2013

AKU TAKUT UNTUK HIDUP

Assalamualaikum. 
Pertama kali berkongsi cerita di dalam blog. Kerana ada mesej yang aku ingin sampaikan. Walaupun cerita ini nampak mudah pada sesetengah pandangan orang,tetapi kita tidak tahu siapa yang akan tersentuh. Walaupun sedikit,moga-moga ia menjadi pengajaran buat kalian semua dan diri sendiri juga.Kisah atau cerita benar yang dialami aku sendiri. 



              Mimpi yang masih menghantui sehingga hari ini.mimpi yang berlaku dua hari lepas. Aku rasa pelik. Aku rasa takut. Ya sampai hari ni aku rasa takut :( . Takut sebenarnya nak bergerak kat mana-mana. Sebab biasanya aku selalu dapat petunjuk melalui mimpi. Ya mungkin aku perlu bersedia. Bersedia untuk kehidupan seterusnya. Kerana satu persatu perasaan pelik aku rasa. Bermula dari hari aku terbaca blog kematian Yasmin Hunwick. Dia pergi menghadap Ilahi dengan cara yang agak mengerikan. Kemalangan yang menyebabkan kepalanya hancur. Ngeri . Sangat mengerikan. Itubagi aku. Mungkin bagi orang lain juga. Umurnya masih muda. Setahun muda dari aku. Tapi bukan pasal dia aku nak cerita. Aku nak cerita apa yang membelenggu aku selepas baca blog mengenai kematian dia. Aku semangat search semua blog pasal dia,gambar-gambar dia. Dua hari lepas tu aku masih berminat untuk mengetahui pasal kematian dia dan aku terus membaca. Walaupun aku tak berapa nak faham,aku baca je.

         Disusulkan dengan cerita itu,aku tak sangka sebelum dia ‘pergi’,dia ada mengalami mimpi ngeri yang berturut-turut sehingga dia takut untuk tidur. Apakah itu petunjuk baginya dari Allah? Wallahualam. Bagaimana pulak dengan mimpi aku yang berlaku baru-baru ni? Aku mimpikan kematian mak ngah aku. Ya mak ngah aku. Bukan aku . tapi ia mengerikan. Dalam mimpi tu , mak ngah pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia kemalangan . semua tu berlaku depan mata aku. Ketika dia  ingin melintas  ( aku tak pasti naik basikal ke jalan kaki ke),dia tidak perasan ada kereta yang laju kearah dia. Dan dari situlah nyawanya dicabut. Dia dilanggar dan mayatnya hancur. Mengerikan. Sumpah seram. Takut!!! Aku terdiam,terpaku dan stuck. Kepala otak aku time tu macam tak berfungsi. Aku betul betul tak percaya kemalangan tu berlaku dengan cepatnya dan mak ngah pergi dengan cara yang tak sepatutnya.

         Dalam mimpi itu, aku melihat kejadian itu dengan mak aku sekali. Kami mengutip sisa badan mak ngah yang hancur. Aku kutipnya satu persatu dan masukkan dalam plastic. Kerana terlalu sedih dan seolah-olah tak dapat terima hakikat, itu yang menyebabkan aku nak sangat kutip sisa –sisa badan mak ngah yang hancur untuk dibawa ke rumah. Setibanya di rumah,aku masih tak percaya apa yang berlaku di hadapan mata aku. Aku masih tak percaya yang aku sedang memegang beg plastic berisi badan manusia yang hancur. Dan paling menghantui aku apabila aku teringat ayat-ayat aku sendiri di hadapan mak aku “ Akak takut untuk hidup,akak dah lah rindu mak ngah tapi tak sempat jumpa,mak ngah dah pergi “
         
        Ayat tu. Yaaa ayat tu “ AKU TAKUT UNTUK HIDUP “ perasaan pada ketika itu,aku takut untuk bergerak ke mana-mana. Aku takut untuk keluar rumah. Hanya Allah sahaja yang faham apa aku rasa ketika itu. Perasaan takut itu sangat sangat terasa seperti aku terlalu takut untuk mati. Seperti rasa masih tidak bersedia untuk dijemput Ilahi. Jikalau aku dijemput pergi,aku mash tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan aku mati nanti. Adakah seperti dalam mimpi aku? Atau seperti Yasmin Huwick? Hampir sama cara pemergiannya. Ya Allh takutnya. Apabila aku tersedar dari mimpi,aku terus beristighfar. Sambil bersyukur kerana ia cuma mimpi. Selepas menangis teresak-esak aku sms mak aku. Aku cerita serba ringkas apa yang aku mimpi. Aku sampaikan salam aku dekat mak ngah aku melalui mak aku. Sebak. Dan pilu. Aku berfikir. Apakah ini semua? Yang membuatkan aku berfikir banyak kali tu apabila jalan di mana mak ngah aku kemalangan tu,adalah jalan yang sama pernah aku mimpi sebelum ni. Tapi aku sendiri tidak berapa nak pasti. Mainan tidur kan? Ingat ingat lupa. Tapi dalam pada masa yang sama, mimpi itu juga kadang-kadang menjadi petunjuk atau ‘klu’ utnuk kejadian yang akan datang. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku selalu mendapat petunjuk dari mimpi. Dan ianya selalu menjadi realiti.Nak nak bila ia berkaitan dengan orang terdekat dengan aku. Dengan orang yang aku sayang .

           Mimpi ini benar benar menghantui aku sehingga pada hari ini aku menaip. Sebelum malam aku bermimpi mimpi ini, aku dah lengkapkan memo aku.  Di dalam phone aku . penuh dengan email dan username segala bagai disertakan dengan password. Aku tulis tu disebabkan andaikata suatu hari nanti aku pergi,ia memudahkan orang lain untuk deactivate semua laman social yang aku ada. Aku tulis dan simpan dalam memo itu sebagai persediaan sahaja. Tanpa aku sedar,malam itu juga aku mimpi ngeri tersebut. Itu yang menganggu perasaan aku ketika ini. Allah sebenarnya nak tunjuk sesuatu dekat aku. Mati itu tidak tunggu kita bersedia tetapi kita perlu bersedia untuk mati. Sebelum dijemput tanpa kita bertaubat,segeralah bertaubat. Banyak berlaku malam tu. Dengan perasaaan aku yang tak sedap hati malam tu sehinggalah bangun pagi dengan menangis teresak-esak. Aku tahu apa aku rasa. Allah tahu apa sebenarnya yang terjadi dan Dia lebih tahu apa hikmah sebenarnya disebalik apa yang terjadi. Setiap kali aku teringat mimpi ni,aku mesti rasa sebak. Automatik mood aku sedikit spoil. Lepas tu aku menjadi agak sensitive. Hmmm kesian kawan kawan aku, takut takut mereka terasa dengan aku bila aku layan mereka acuh tak acuh. Malam tadi pun aku masih menangis. 



Mengapa hati menjadi cukup sensitif? Ya Allah…. Sekarang aku tahu apa yang aku ingin . apa yang aku perlukan dan apa yang dicari. Semoga Allah memudahkan jalanNya untuk aku  dan sebaik-baik kejadian adalah dariNya.

Mulalah aku berfikir,masih cukupkah ibadah aku untuk Mu Ya Allah?
Malunya...
Sedangkan aku hanya mencari Mu dikala aku duka tetapi aku lupa tentangmu ketika aku suka.
Aku lupa mati itu tidak menunggu aku  bertaubat dulu
Mana tahu di kala aku bersuka dengan melupakan Mu nyawaku ditarik?
Ya Allah :(


            Sehingga kini aku masih takut untuk hidup kerana takutkan mati. Rabbi Yassir wala tu’assir. 
Terima kasih kerana sudi membaca :)
Assalamualaikum. 



Alhamdulillah hari ini masih diberi nafas baru untuk terus diberi peluang untuk berbakti di bumi Allah ni. 

Banyak perkara yang telah berlaku ,sedang berlaku dan akan berlaku.
Dan pastinya semua di atas kehendakNya.
Kita hanya berusaha untuk mengubah sesuatu itu menjadi lebih baik.
Tetapi sebaik - baik kejadian itu datang dari Allah juga.

Permulaan di mana kali pertama aku 'post' di laman blog aku yang telah lama wujud sebenarnya.

Tapi tak pernah tergerak hati untuk membuat coretan.
Sehinggalah hari ini aku ingin berkongsi satu cerita.
Dan mungkin lebih banyak lagi cerita-cerita yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama.

Bermuhasabah diri:
Kadang tak sedar apa kita buat
Kadang tak sedar apa kita cakap
Kadang terlupa
Tidak sengaja
Kadang nasihat yang sedikit itu lebih mudah diterima
Ringkas ayatnya namun maksudnya mendalam
Di situ ada kebaikannya 
Berfikir secara matang
Aku sedang membuka jalan itu padahal ia tidak baik untukku
Dan aku kembali sedar sebelum melarat
Terima kasih kepada yang menasihat :')





Aku lebih dikenali dengan panggilan HudaHuseiny.
Gadis muslimah berusia 19 tahun dan kini di UMP.