Assalamualaikum. Mulakan hari dengan basmallah. Insya Allah
lebih diberkati.
Pada kali ini aku ingin berkongsi sedikit coretan atau
catatan buat kita semua. Bukan sekadar untuk berkongsi isinya tetapi pengajaran
atau faedahnya kita dapat terapkan bersama-sama dalam kehidupan seharian kita.
Dah lama sebenarnya aku nak menaip pasal ni tapi tak
tertaip. Sehingga selepas solat asar,aku pun capai laptop aku dan jari-jemari
laju je menaip satu persatu huruf yang akhirnya membuahkan satu karya untuk dikongsi
bersama.(banyak pulak kata –kata aluannya)
Okay. Berbalik pada tajuk “ bukan sekadar kawan “. Kalau
ikutkan kefahaman aku dan kamu-kamu semua,kawan ni kita dapat didefinisikan lah
sebagai seseorang yang selalu atau kerap bersama kita. Dari seseorang yang kita
tidak kenal dan kita cuba mengenali,lama kelamaan kita menjalinkan ukhwah
sebagai rakan,kawan mahupun sahabat. Diselarikan dengan zaman moden sekarang ye
anak-anak *tiba-tiba bersifat keibuan* ,sebenarnya ramai dalam kalangan kita
tidak kisah lah remaja ke kanak-kanak ke ataupun orang dewasa sekarang
mengalami masalah kawan-kawan ni. Tak puas hati itu lah,ini lah. Ada yang cakap
kawan tikam belakang,kawan makan kawan lah,kawan pengkhianat ,talam dua tiga
empat muka dan macam –macam lagi.Subhanallah.
Tetapi bukan itu yang aku nak cuba sampaikan. Cuba kita
tekankan lebih sedikit tentang maksud ‘’bukan sekadar kawan’’ dan zahirkan
dalam erti kata lain. Kalian sedar tak bahawa kawan kita yang paling dekat
dengan kita adalah agama kita iaitu agama Islam? Sesungguhnya Islam itu adalah
agama yang paling indah,mudah dan kompleks. Dalam Islam,terlalu banyak yang
perkara yang baik dan indah boleh dipelajari serta terlalu jelas bahawa ianya
agama yang sangat mulia. Ya,inilah satu-satu nya kawan yang kita boleh
manfaatkan dan aplikasikan untuk kebaikan kita dan ini sebenar-benarnya kawan.
Sentiasa menolong kita dan tidak pula membawa kita kearah keburukan.
Pernah tak
kita terfikir untuk menjadikan:
- Sunnah Rasul Allah sebagai kawan
- AlQuran sebagai kawan
- Ibu bapa sebagai kawan
- Solat itu sebagai kawan
- Puasa itu sebagai kawan
- Bersedekah itu sebagai kawan
- Menuntut ilmu sebagai kawan
- Istighfar itu sebagai kawan
- Doa itu sebagai kawan
- Menutup aurat itu sebagai kawan
- Salam itu sebagai kawan
- Senyuman itu sebagai kawan
- Bersederhana itu sebagai kawan
- Adab itu sebagai kawan
- Guru sebagai kawan
Inilah sebenar-benarnya kawan kita dunia dan akhirat. Memang
lumrah sebagai seorang manusia inginkan kesenangan dan kesempurnaan. Itu
sebabnya bila ditimpa masalah sikit,muncullah perkataan atau ayat-ayat seperti
“ aku tak ada kawan pengkianat macam kau..bla bla bla “
Okay, cuba tampar
diri sendiri sekali? Sedar tak kita pun dikira pengkianat?
Apabila perintah Allah itu kita perlekehkan dan kita buat
endah tak endah.
“ Ek eleh luuuuu,tudung baju labuh-labuh ni pehal. Kampung
betul “
Nampak tak? Padahal dengan menutup aurat itu banyak perkara
yang kita boleh jaga. Bukan diri sendiri tetapi juga pada orang sekeliling yang
melihatnya juga. Tak rasa malu ke jadi pengkianat?
“ Weh jom makan. Aku belanja “
“ Aku puasa “
“ Puii bajet alim ah kau”
*Geleng kepala* Tak kesian ke member tu nak puasa pun kena
bahan. Dah tak nak puasa tak yah la mengata ke dia. Ish ish . Jadi,tak rasa
malu ke sebenarnya kita dah mengkhianat kawan kita iaitu berpuasa sunat? Itu
baru sunat,yang wajib apatah lagi….
“ Kau tak nak keluar ke? Aku bosan duduk rumah . Mak aku
dari tadi dok potpet potpet bla bla “
“ Tak boleh. Mak aku suruh aku tolong dia lipat baju “
“ Pui bajet je “
*tendang meja* Yang ni common. Sangat common pada zaman
sekarang. Cuba kita lapangkan hati dan tenangkan jiwa sedikit. Cuba kita
fikirkan,kenapa kita tidak jadikan ibu bapa kita itu sebagai rakan kita?Tidak
salah untuk keluar sekali sekala tetapi cukupkah masa yang kita luangkan untuk
mereka? Jadikan mereka rakan,berkongsi cerita,masalah,pendapat dan sebagainya.
Hidupkan suasana rumah dengan kasih sayang dalam keluarga. Tambahan lagi kita
yang belajar jauh-jauh dari ibu bapa ni.Balik pun sebulan sekali.Payah sangat
ke nak pupukkan kasih sayang itu dalam keluarga? Cuba muhasabah diri balik.
Itu antara tiga contoh paling mudah untuk aku lampirkan
bersesuaian dengan entry aku kali ni. Aku rasa kalian yang membaca tentu faham
dengan apa yang aku cuba maksudkan. Jadi betulkan? Islam itu sebenarnya kawan
kita? Dalam ajarannya kita menyembah serta mengabdikan diri pada yang satu
iaitu Allah SWT. Dalam islam jua,kita mentaati perintah Allah dan menjauhi
segala laranganNya.Islam itu merangkumi banyak perkara sama ada dari segala
perkara yang wajib,keperluan, kehendak,haram,sunat,syubhah dan makhruh.
Mudah kan? Itu lah islam. Ia bukan sekadar kawan tetapi
lebih dari itu . Aplikasikan kandungan sebenar Islam itu sebagai kawan kita.
Apabila kita menjadikan mereka sebagai kawan kita,kita akan selalu memerlukan
mereka tika susah dan senang. Dan InsyaAllah sebaik-sebaik kawan itu lah yang
akan membawa kita ke jalan yang diredhaiNya. Mari kita sama-sama manfaatkan
kawan sebenar kita ini.Kesimpulannya, jadilah kawan yang baik untuk memperoleh
kawan yang baik J
" Rabbi yassir wala tu'assir " Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment