Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim~
Eh eh eh tak semena-mena Huda Hanani update blog dia hari ni. Hahaha pasai apa? Takde pasai pon. Esok takde kelas,so malam ni sesaje spent time untuk merepek kerepek dekat blog ni.
Okay anyway,bersyukur dahulu di hati ini kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan berbakti di dunia sebagai bekalan di akhirat nanti. Insya Allah ya Allah. Jadi pada kali ini aku nak berkongsi cerita sedikit mengenai nilai kehidupan seharian kita.Ianya kunci segala kunci KEJAYAAN kunci rumah kunci loker kunci laci iaitu SABAR :)
Kenapa kunci kepada kejayaan? Kejayaan apa? Dalam peperiksaan atau dalam mengejar impian hidup? Eh sahabat-sahabat bukan tu je , banyak lagi sebenarnya kejayaan yang dimaksudkan. Berjaya dalam menahan nafsu,berjaya dalam mempertahankan iman,berjaya menggembirakan hati orang-orang sekeliling,berjaya dalam menahan amarah,berjaya dalam berdakwah,berjaya mengikhlaskan hati untuk menerima nasihat,sabar ketika ditimpa musibah dan berjaya dalam keseluruhan aspek. Ya Allah Subhanallah. Inilah kuncinya.
Memang penting sifat sabar ini dalam diri kita sehingga sampai esok pun pasti aku tidak habis hurai kepentingannya kerana ia merangkumi semua aspek. Ya semua orang tahu kan? Sabar itu sebahagian dari iman. Besar di situ maksudnya,dalam maksudnya dan tinggi nilainya.
Namun masih ramai termasuklah aku tidak mampu untuk bersabar sesabar-sabarnya. Bila ditimpa sesuatu musibah atau masalah,kita cepat je mengeluh kan? Merungut dan ada yang sehingga tidak dapat menerima ujian itu..MasyaAllah :(
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut
Dan doa-doa orang yang sabar akan diperkenankan oleh Allah s.w.t, kerana Allah sangat mencintai hamba-hambanya yang sabar. Seperti model kita yang paling mulia akhlaknya iaitu Rasulullah s.a.w, baginda sangatlah penyabar orangnya. Ish malunya ,sedangkan Rasul iaitu juga seorang manusia dan hamba Allah boleh bersabar menghadapi segala dugaan dan kenapa kita tak boleh? Memag kita tidak mampu untuk menandingi baginda kerana baginda dipilih sejak lahir lagi tetapi kita boleh berusaha untuk mencontohi semua akhlak-akhlak baginda.Susah? Ya Allah ada ke kat dunia ni perkara yang baik itu Allah datangkan kesenangan pada awalnya? Dan mengapa Allah senangkan kita untuk melakukan perkara yang buruk? Kenapa kenapa kenapa?? *tanya hati sendiri*
Memang Allah segaja menguji kita supaya adakah kita benar-benar mahu kejarkan sesuatu yang baik dan adakah kita benar-benar mahu tinggalkan perkara yang buruk? Dan dari situlah kesabaran kita teruji dan dinilai. Dan dalam pada masa itulah juga kita akan lihat siapa yang akan berjaya dan siapa yang akan gugur dalam perjuangan hati.
" Maka berjayalah orang-orang yang sabar "
Okay aku rasa fahamlah jugak korang dengan apa yang aku dok taip dari tadi kan.Kalau tak faham,buat-buat faham *ayat Cikgu Math aku dulu*
Dan aku sebagai seorang gadis muslimah,banyak pengalaman hidup sebenarnya yang aku boleh kongsikan kepada korang semua.Dan salah satunya
Aku mengahbiskan ayat-ayat terakhir dalam doaku dan terus mencapai kitab kesayanganku kitab suci al-Quran.Ketika itu aku baru selesai menunaikan solat isyak. Membuka sehelai demi sehelai muka surat dan bibir aku terus sahaja "Bismillah...."
Tiba2 datang seorang sahabat aku a.k.a roomate menghampiri aku. Dia terus duduk depan aku. Ya Allah terkejut aku. Dalam hati " Kenapa dia ni? Tiba-tiba je " Aku diam dan pandang je sahabat aku. Aku seyum je dekat dia dan dia membalas senyuman aku serta menyuruh aku teruskan mengaji.
Pada masa tu,aku seperti memahami apa yang dia rasa tetapi aku biarkan dahulu. Aku tau dia pasti ada masalah dan dalam dilema. Aku berkata kepada diri sendiri " Bacalah Huda,kawan kau tu perlukan ketenangan hati "
Dan aku mula mengalunkan ayat-ayat suci kitab itu. Pada kebiasaanya,aku membaca 2 muka surat sahaja tetapi malam itu aku lebihkan *tak ingat berapa* . Aku sediri tak tahu sebab apa.
Awkward. Tipulah tak rasa awkward. Aku bukan Qariah yang biasa mengaji depan ramai orang tetapi aku bukan lah sampai tergagap sangat bila baca di depan orang . Cuma emm cuma. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aku malu ya malu. Agak sedikit malu tetapi cuba buat yang terbaik. Kawan kita tengah gundah takkan nak halau je dia! Biar je lah dia duduk depan kita.
Dan selepas aku mengakhiri ayat aku,aku senyum dan pandang muka sahabat tu. " Kenapa?Kau kenapa? "
Diam...
Aku senyum lagi. " Citerlaaaa "
" Kenapa weh?Salahke aku nak itu ini blaa..blaa..blaa "
Panjang dia cerita. Akrab dia pegang al-Quran yang diambil dari tangan aku. Kesian. Sedih. Simpati. Dan dia dalam dilema. Aku pernah rasa semua tu.
Aku pandang dia sambil tergelak kecil dan tunduk ke bawah. " Ya Allah...."
Dia pandang dan pandang aku. " Jangan lah pandang aku " tetapi dia tetap pandang dan dia teruskan lagi bercerita. Aku memang tahu masalah yang dia hadapi tapi tak semua. Sebab tu lah aku biar je dia bercerita.
Aku usap muka dan cuba memberi respon yang terbaik. Waktu itu,rasa tanggungjawab untuk menolong sahabat kita ketika dia bermasalah tetapi dalam masa yang sama kita juga keliru . Pandai ke aku nasihat orang? Aku pun entah pape. Takpe lah aku cuba.
Dan aku cuba.
" Macam ni lah,aku tak sokong mana-mana pihak. Mereka salah kau pun salah. Apa yang aku boleh cakap sabar. Sabar banyak2. Allah saje je nak uji kau tu. Dia nak tengok kau kuat ke tak. Pasni kau buat lah solat hajat,mengaji dan berdoa. Okay sabar ye. "
Dan perbualan kami terhenti apabila semua roomate pakat balik. Ada dari meeting,dari kafe dan macam-macam hal. Ya memang masa tu aku dengan dia sahaja. Tak silap aku lah. Kejadian ini terjadi dua malam berturut-turut.
Apa yang aku ingin cuba sampaikan dalam kisah benar yang terjadi hampir 3 minggu yang lalu ni, ialah kesabaran. Iyelah. Sabar lah. Apa lagi? Sabar dan ada ketika kita terasa otak tepu,so carilah pengubatnya. Mungkin kita dahagakan ayat-ayat al-Quran untuk disebatikan dalam jiwa. Sahabat aku yag aku ceritakan tu seorang yang baik akhlaknya. Tetapi baik manapun akhlak kita ada kalanya kita tidak kuat dan perlukan seseorang untuk menasihati kita. Dan kesabaran adalah kuncinya. Dia sedang cuba beristiqomah untuk berubah. Aku nampak usaha dia. Dan begitu juga aku dan mungkin korang yang baca entry ni.
|
Hanya itu sahaja yang ingin dikongsikan . bersabarlah dalam istiqomah. Wallahualam.
Rabbi yassir wala tu'assir. Terima kasih :)


